Hi There, Welcome To Awanaz Agro and Rarecreation Webpage (click Web View)
Awanaz Agro and Rarecreation is an amazing recreation place for everyone, for you and your family and friends to gather around together and have some good private time.
In Awanaz you can enjoy your time by experiencing rare activies such as mountain hiking, river tour, paddy field tour and much more. You name it, we can deliver it.
Awanaz is suitable for camping programs for school and university, doing adventure activities in river and jungle, organizing events such as family day or garden wedding or you can just sit, relax and enjoy your favourite books while energizing yourself with refreshing air and beautiful scenary.
Awanaz is located in Wang Tepus, Kedah, near Bandar Darulaman, Jitra, Malaysia.
Do come to Awanaz and enjoy your time here. We will give you our best services.
"Aduhhh, rumput panjang sangat, tidak ada masa nak
potong. Macam mana ni?"
Kami faham, kerja-kerja memotong rumput amat memenatkan.
Tenaga banyak diperlukan untuk mendapapatkan hasil yang baik. Kerja pula masih
banyak yang perlu diselesaikan Haaa jangan risau, Awanaz sedia membantu. Kami
membantu kemaskan halaman rumah anda dengan memotong rumput degil yang panjang
itu
1) Kami potong bagi rapat 2) Kami kemaskan kawasan 3) Kami buang semak-semak
Supaya fikiran anda lebih tenang dan rilek. Anda
boleh fokus membuat kerja-kerja anda yang lebih penting. Biar kami uruskan
Ramai yang dah dapatkan servis kami. Alhamdulillah,
mereka puas hati
Malaya Tourer dari Selangor telah membuat
jelajah ke tasik-tasik sekitar Kedah, antaranta Tasik Pedu, Kuala Nerang dan Tasik Beris, Sik.
Dalam perjalanan ke destinasi mereka, Tourer Malaya memilih untuk menginap di
Santaian Eco Zaty sebagai hentian RnR untuk berehat dan mengisi perut.
Terima kasih kasih Malaya Tourer, moga kita
berjumpa lagi Muhammad; 011-10891495
JELAJAH TASIK DI KEDAH OLEH MALAYA TOURER (VIDEO)AWANAZ
March 30, 2020
Sepanjang sebulan pelajar-pelajar
Politeknik Sirajudin, Arau Perlis dengan kerjasama Wang Tepus Agro Farm
menjalankan program mentor mantee. Program ini melibatkan pelajar-pelajar
Politeknik Sirajudin seramai 42 orang bersama 6 pengusaha agro farm di Wang
Tepus.
Program mentor mantee ini berjalan
sebanyak 3 sesi dalam masa sebulan. Ia melibatkan pengsusaha Tuan Izham (Penternakan
Kerbau, Rusa, Kambing), Tuan Auzaid (Ladang Lebah Kelulut), Puan Khodijah (Pengusaha
Sos Cili), Tuan Mat (Pengusaha padi), Puan Yam (Pengusaha Kedai Makan
Tradisional), Tuan Eruan (Pengusaha Boat Rakit) dan Dato Mukhti (Pengusaha
Rumah Inap Tradisi Melayu) bersama 42 orang pelajar politeknik yang mengambil jurusan diploma pelancongan.
Alhamdulillah, para pelajar dan para
pengusaha memberikan komitmen yang cukup baik menjadikan program ini program
yang bukan kaleng-kaleng.
Di hujung bulan, Pelajar-pelajar
politeknik seramai 82 orang menjalankan ‘tour’ di Wang Tepus yang melibatkan
lawatan ladang penternakan kerbau, rusa dan kambing beserta ladang madu lebah
kelulut. Di akhir tour, pelajar melakukan tour sungai dengan menaiki bot rakit.
Program ini turut melibatkan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan melibatkan
unsur-unsur alami.
Di akhir program, diadakan majlis penutup di
Eco Zaty Retreat yang dihadiri pelajar-pelajar Politeknik, para pensyarah,
ketua fakulti, dan pengusaha-pengusaha Agro Farm.
Alhamdulillah, semuanya berjalan
lancar
Terima kasih kepada Pelajar-pelajar
Politeknik Khususnya Tuan Iman, Tuan Farhan dan Team atas usaha baik ini.
Kalau
ada sumur di
ladang Boleh saya
menumpang mandi Jika ada umur yang panjang boleh kita
berjumpa lagi
Kami Suka!
PROGRAM MENTOR MANTEE WANG TEPUS BERSAMA POLITEKNIK ARAUAWANAZ
March 28, 2020
Kampung Wang Tepus dikungungi Mahasiswa dan
Mahasiswi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari jurusan Diploma
Perladangan seramai 40 orang bersama seorang pensyarah.
Dengan ruang yang ada kami bawa pelajar-pelajar
pengajian tinggi untuk ronda berberapa kawasan menarik di sekitar Kampung Wang
Tepus. Dengan keterbatasan masa kami bawa rombongan ini ke “Mewah Segar
Agrofarm” dan “Taufiqillah Stingless Bee Farm”.
Lawatan pertama di Mewah Segar Agrofarm. Tempat
penternakan kerbau, rusa dan kambing. Kerbau-kerbau di sini besar belaka dan
rusa di sini jinak dan banyak. Di sini pelajar-pelajar jurusan perladangan ini
diberi taklimat mengenai pengenalan perniagaan agrofarm ini dan kemudiannya
terus kepada sesi Q&A secara santai.
Hampir sejam di Mewah Segar Agrofarm, kami
berangkat pula ke Taufiqillah Stingless Bee Farm yang terletak tidak jauh dari
sini.
Uniknya di Taufiqillah Stingless Bee Farm,
pelajar-pelajar ini disambut dengan alunan qasidah daripada pelajar-pelajar
Mahaad Tahfiz Taufiqillah. Taklimat diberikan dan pelajar-pelajar terus dibawa
ke kawasan projek ladang madu lebah kelulut yang menempatkan sebanyak 200
sarang lebah.
Habis tour di ladang ahli rombongan terus
dibawa ke Gallery Madu lebah untuk merasai kemanisan alam ini, iaitu “Madu
Lebah Kelulut” yang terdapat banyak khasiat baik untuk tubuh badan.
Ini tips dari saya “Madu lebah kelulut bila
dibancuh dengan air dan lemon, memang power”. Nak lebih segar, letakkan ais
sedikit, barulah sejuk tekak.
Alhamdulillah, tour agro farm di Wang Tepus
berjalan dengan baik. Moga Mahasiswa dan mahasiswi UMK dapat perolehi banyak
ilmu dari perkongsian tour ringkas ini. Moga berjumpa lain di masa hadapan.
Insyaallah
Kami Suka!
LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN(UMK) KE WANG TEPUSAWANAZ
March 27, 2020
Bila ditanya “Apakah tempat menarik di Kedah?” pastinya Pulau
Langkawi dan Kota Alor Setar adalah perkara pertama yang muncul dalam minda.
Namun sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ramai belum
terokai di Kedah termasuklah “Wang Tepus”.
Ya, boleh saya katakan Wang Tepus adalah “hidden gem” di Kedah.
Potensinya sangat besar untuk dibangunkan untuk menjadi sebeuah kawasan Eco
Pelancongan. Ia merupakan kawasan yang dihiasai dengan bukit bukau yang
menghijau dan sungai yang menyegarkan.
Wang tepus merupakan kawasan perkampungan yang terletak tidak jauh
dari Bandar Jitra dan dekat dengan kawan rekreasi Bukit Wang.
Hari ini komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus bekerjasama
dengan mewujudkan sebuah projek komuniti “WANG TEPUS ECO-TOURISM”. Ia merupakan
sebuah projek bagi membangunkan sosio ekonomi setempat dengan matlamat menarik
pelancong luar dan dalam Negara menikmati percutian dengan suasana kampung.
Wang Tepus Eco-tourism adalah tempat perlancongan dan rekreasi yang
menakjubkan di Kedah. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik disediakan bagi
pengunjung yang datang secara rombongan mahupun secara individu atau keluarga.
“Wang Tepus
Agrotourism merupakan projek komuniti untuk memperkenalkan keunikan kampung di
mata dunia”
APA YANG MENARIK DI WANG TEPUS ECO-TOURISM?
WANG
TEPUS RIVER CRUISE
Anda pernah tahu
sungai tertua di Kedah ? Pernah menaiki bot menyusuri sungai bersejarah ini ? Wang
Tepus River Cruise akan merealisasikan impian anda. Pengunjung boleh berkelah,
ber-BBQ dan bersantai di atas boat bersama orang tersayang.
AWANAZ
AGRO & RARECREATION
Pernah terfikir untuk
bermalam di dusun durian? Rasai, nikmati dan hayati pengalaman Rare! di Awanaz
Agro and Rarecreation. Awanaz adalah tempat rekreasi yang menakjubkan untuk
semua orang.
Awanaz merupakan kawasan
dusun buah durian dan buah-buah tempatan lain, dikelilingi bukit dan dihiasi
dengan anak sungai.
TERATAK MALINJA
Teratak Malinja menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat
perkhidmatan bagi sebarang aktiviti kerohanian, pembangunan staf , rekreasi, majlis
resepsi, dan hari keluarga.
Teratak Malinja juga menyediakan pakej “Percutian Desa Selesa” bagi
pengunjung yang berminat bercuti di luar bandar dengan menawarkan perkhidmatan
asrama, dewan, dorm, chalet, camp site, makanan & minuman disamping pakej
aktiviti indoor dan outdoor yang pasti menyeronokkan.
TAUFIQILLAH STINGLESS
BEE FARM
Pernah tahu bagaimana madu lebah kelulut dihasilkan? Di sini anda
bakal merasai keunikan madu lebah kelulut dan mengetahui bagaimana manisan alam
ini diproses dan menjadi manisan yang bernilai tinggi.
Taufiqillah Stingless Bee Farm adalah sebuah ladang perternakan madu
lebah kelulut yang terletak di Kampung Lembah Arang, Wang Tepus, Jitra Kedah. Satu
satunya ladang lebah kelulut yg diusahakan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz
Taufiqillah.
MEWAH SEGAR AGRO
FARM
Kebiasaanya kita mendengar keenakan dan kahsiat susu kambing,
tetapi pernahkah anda mendengar kelazatan dan kahsiat “Susu Kerbau”? Di Mewah
Segar Agro Farm, anda boleh menikmati kelazatan Susu Kerbau segar terus dari
ladang.
Rusa dan Kambing juga menjadi tarikan di Mewah Segar Agrofarm.
Pengunjung boleh melihat dan memberi makan kepada haiwan-haiwan ternakan Rusa
dan Kambing di sini sambil bersantai memakan buah-buahan segar yang ada.
KILANG SOS CILI
QASIH IBU
Siapa sangka dalam kawasan kampung terdapatnya kilang sos cili. Sos
cili ini banyaknya dibekalkan di kedai-kedai runcit di kawasan kampung dan
menerima tempahan sos cili untuk dijadikan door gift dalam majlis keramaian
ZATI ECO RETREAT
Kepada siapa yang nak mandi kolam dan berehat secara santai dalam
rumah tradisi melayu, inilah tempatnya. Kawasan cantik dihiasi pemandangan
bukit dan sungai yang menakjubkan.
RESTORAN BUNGA
NAGA
Apabila pengunjung luar mahu menikmati masakan asli orang melayu,
ini adalah tempatnya. Restoran atas bukit ini sudah menerima pengunjung luar
dari Thailand dan Singapura
Selain dari tempat-tempat ini, pengunjung juga boleh mengambil
kesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rare seperti menorah getah dan
menanam padi untuk mengambil “Feel” orang kampung
Orang kampung di Wang Tepus ramah dan mesra. Dan sangat menghargai
bila orang luar datang bertandang ke kampung ini baca ini "PAKEJ ECO TOUR" Untuk mendapatkan pakej-pakej menarik dalam program Wang Tepus Eco Tourism, atau boleh terus whatapp kami https://wa.me/601110891495?text=wangtepusecotour
Kami suka!
TARIKAN BARU VISIT MALAYSIA 2020 DI KEDAHAWANAZ
December 16, 2019
Wang Tepus Eco Tourism, adalah
sebuah projek komuniti pengusaha-pengusaha di mukim Wang Tepus, Jitra Kedah. ia
merupakan projek bagi membangunkan sosio ekonomi setempat dengan menjadikan ia
sebuah kawasan perlacongan yang memiliki keunikan tersendiri
Ia merupakan destinasi yang menarik dan cantik namun
masih ramai yang tidak tahu. jadi ini peluang anda untuk rasainya dulu.
Kami menawarkan pakej rombongan menarik
dan berbaloi untuk anda yang suka berjalan-jalan, melancong
dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Apa yang menarik dalam pakej ini?
Kami akan bawa anda ronda-ronda di sungai tertua di Kedah dengan menaiki boat
rakit dan jelajah sungai. Pemandangannya cantik terutamanya ketika
"sunset".
Kemudian kami akan bawa anda ziarahi kawasan penternakan lebah kelulut untuk
menikmati madu asli terus dari ladang.
Setelah itu kami akan bawa anda mengunjungi kawasan penternakan rusa, kerbau
dan kambing. apa yang menarik di sini adalah "Susu Kerbau" segar dari
ladang.
Habis mengziarahi kawasan penternakan, kami akan bawa anda ke Kilang
penghasilan sos cili tempatan di sini. Di sini juga anda boleh menikmati
keropok ranggup dicicah dengan sos cili istimewa dari pengusaha.
Habis program ziarah, kami akan bawa anda ke tempat bersantai dan riadah. Di
situ kami akan sediakan makan tradisi orang melayu yang sedap untuk dijamah
bersama-sama orang tersayang.
Bilakah musim yang terbaik untuk datang?
Tentulah musim buah-buahan, di sini kami akan bawa pengunjung
ke dusun-dusun buah terutamanya buah durian untuk menikmati buah segar terbaik
dari ladang.
Buah durian, buah manggis, buah cempedak, buah nangka, buah
tin, buah langsat dan banyak lagi!
Ohh ya, jika anda ingin rendamkan badan dan bawa anak-anak mandi dan berenang,
kami tahu tempat yang sesuai untuk anda di sini. itu kami cerita di lain waktu.
Tentu seronok kan? Haa, apa macam?
Datang sendiri dan rasai sendiri.
Berminat untuk lebih tahu?
Team kami akan bantu anda
Boleh baca dan tonton video di sini untuk maklumat lanjut "WANG TEPUS ECO TOURISM"
Apa apa roger kami
Perlukan kambing untuk membuat korban atau aqiqah? atau perlukan
stok kambing untuk perniagaan ada?
Kami boleh bantu
Wang Tepus Agro Tourism ada menawarkan pembekalan kambing untuk
tujuan aqiqah, qurban dan perniagaan untuk kawasan Jitra, Pokok Sena, Alor Setar, Kepala Batas dan kawasan lain yang berdekatan di Kedah.
Kami membekalkan kambing aqiqah dan korban dengan tawaran harga
mampu milik dengan pelbagai jenis kambing. Kami buka pintu kami untuk sebarang
rundingan.
Masakan kambing golek juga ditawarkan kepada penggemar kambing
Kami suka
Hubungi Kami di talian tertera
Sdr Khai - 011-10891495
KAMBING QURBAN DAN AQIQAH DI KEDAHAWANAZ
September 07, 2019