PROGRAM MENTOR MANTEE WANG TEPUS BERSAMA POLITEKNIK ARAU
Wow, Ini sangat menarik!

Program mentor mantee ini berjalan
sebanyak 3 sesi dalam masa sebulan. Ia melibatkan pengsusaha Tuan Izham (Penternakan
Kerbau, Rusa, Kambing), Tuan Auzaid (Ladang Lebah Kelulut), Puan Khodijah (Pengusaha
Sos Cili), Tuan Mat (Pengusaha padi), Puan Yam (Pengusaha Kedai Makan
Tradisional), Tuan Eruan (Pengusaha Boat Rakit) dan Dato Mukhti (Pengusaha
Rumah Inap Tradisi Melayu) bersama 42 orang pelajar politeknik yang mengambil jurusan diploma pelancongan.
Alhamdulillah, para pelajar dan para
pengusaha memberikan komitmen yang cukup baik menjadikan program ini program
yang bukan kaleng-kaleng.
Di hujung bulan, Pelajar-pelajar
politeknik seramai 82 orang menjalankan ‘tour’ di Wang Tepus yang melibatkan
lawatan ladang penternakan kerbau, rusa dan kambing beserta ladang madu lebah
kelulut. Di akhir tour, pelajar melakukan tour sungai dengan menaiki bot rakit.
Program ini turut melibatkan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan melibatkan
unsur-unsur alami.
Di akhir program, diadakan majlis penutup di
Eco Zaty Retreat yang dihadiri pelajar-pelajar Politeknik, para pensyarah,
ketua fakulti, dan pengusaha-pengusaha Agro Farm.
Alhamdulillah, semuanya berjalan
lancar
Terima kasih kepada Pelajar-pelajar
Politeknik Khususnya Tuan Iman, Tuan Farhan dan Team atas usaha baik ini.
Kalau
ada sumur di
ladang Boleh saya
menumpang mandi Jika ada umur yang panjang boleh kita
berjumpa lagi
Kami Suka!
0 comments:
Post a Comment