LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN(UMK) KE WANG TEPUS
16 Disember 2019
Kampung Wang Tepus dikungungi Mahasiswa dan
Mahasiswi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari jurusan Diploma
Perladangan seramai 40 orang bersama seorang pensyarah.
Dengan ruang yang ada kami bawa pelajar-pelajar
pengajian tinggi untuk ronda berberapa kawasan menarik di sekitar Kampung Wang
Tepus. Dengan keterbatasan masa kami bawa rombongan ini ke “Mewah Segar
Agrofarm” dan “Taufiqillah Stingless Bee Farm”.
Lawatan pertama di Mewah Segar Agrofarm. Tempat
penternakan kerbau, rusa dan kambing. Kerbau-kerbau di sini besar belaka dan
rusa di sini jinak dan banyak. Di sini pelajar-pelajar jurusan perladangan ini
diberi taklimat mengenai pengenalan perniagaan agrofarm ini dan kemudiannya
terus kepada sesi Q&A secara santai.
Hampir sejam di Mewah Segar Agrofarm, kami
berangkat pula ke Taufiqillah Stingless Bee Farm yang terletak tidak jauh dari
sini.
Uniknya di Taufiqillah Stingless Bee Farm,
pelajar-pelajar ini disambut dengan alunan qasidah daripada pelajar-pelajar
Mahaad Tahfiz Taufiqillah. Taklimat diberikan dan pelajar-pelajar terus dibawa
ke kawasan projek ladang madu lebah kelulut yang menempatkan sebanyak 200
sarang lebah.
Habis tour di ladang ahli rombongan terus
dibawa ke Gallery Madu lebah untuk merasai kemanisan alam ini, iaitu “Madu
Lebah Kelulut” yang terdapat banyak khasiat baik untuk tubuh badan.
Ini tips dari saya “Madu lebah kelulut bila
dibancuh dengan air dan lemon, memang power”. Nak lebih segar, letakkan ais
sedikit, barulah sejuk tekak.
Alhamdulillah, tour agro farm di Wang Tepus
berjalan dengan baik. Moga Mahasiswa dan mahasiswi UMK dapat perolehi banyak
ilmu dari perkongsian tour ringkas ini. Moga berjumpa lain di masa hadapan.
Insyaallah
Kami Suka!
Kami Suka!
0 comments:
Post a Comment