Awanaz

Camp Site

Recreation

Events

Homestay

Monday, December 16, 2019

TARIKAN BARU VISIT MALAYSIA 2020 DI KEDAH


Bila ditanya “Apakah tempat menarik di Kedah?” pastinya Pulau Langkawi dan Kota Alor Setar adalah perkara pertama yang muncul dalam minda. Namun sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ramai belum terokai di Kedah termasuklah “Wang Tepus”.

Ya, boleh saya katakan Wang Tepus adalah “hidden gem” di Kedah. Potensinya sangat besar untuk dibangunkan untuk menjadi sebeuah kawasan Eco Pelancongan. Ia merupakan kawasan yang dihiasai dengan bukit bukau yang menghijau dan sungai yang menyegarkan.

Wang tepus merupakan kawasan perkampungan yang terletak tidak jauh dari Bandar Jitra dan dekat dengan kawan rekreasi Bukit Wang.

Hari ini komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus bekerjasama dengan mewujudkan sebuah projek komuniti “WANG TEPUS ECO-TOURISM”. Ia merupakan sebuah projek bagi membangunkan sosio ekonomi setempat dengan matlamat menarik pelancong luar dan dalam Negara menikmati percutian dengan suasana kampung.

Wang Tepus Eco-tourism adalah tempat perlancongan dan rekreasi yang menakjubkan di Kedah. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik disediakan bagi pengunjung yang datang secara rombongan mahupun secara individu atau keluarga.

“Wang Tepus Agrotourism merupakan projek komuniti untuk memperkenalkan keunikan kampung di mata dunia”
                                                                         


APA YANG MENARIK DI WANG TEPUS ECO-TOURISM?


WANG TEPUS RIVER CRUISE
Anda pernah tahu sungai tertua di Kedah ? Pernah menaiki bot menyusuri sungai bersejarah ini ? Wang Tepus River Cruise akan merealisasikan impian anda. Pengunjung boleh berkelah, ber-BBQ dan bersantai di atas boat bersama orang tersayang.

AWANAZ AGRO & RARECREATION
Pernah terfikir untuk bermalam di dusun durian? Rasai, nikmati dan hayati pengalaman Rare! di Awanaz Agro and Rarecreation. Awanaz adalah tempat rekreasi yang menakjubkan untuk semua orang.

Awanaz merupakan kawasan dusun buah durian dan buah-buah tempatan lain, dikelilingi bukit dan dihiasi dengan anak sungai.

TERATAK MALINJA
Teratak Malinja menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat perkhidmatan bagi sebarang aktiviti kerohanian, pembangunan staf , rekreasi, majlis resepsi, dan hari keluarga.

Teratak Malinja juga menyediakan pakej “Percutian Desa Selesa” bagi pengunjung yang berminat bercuti di luar bandar dengan menawarkan perkhidmatan asrama, dewan, dorm, chalet, camp site, makanan & minuman disamping pakej aktiviti indoor dan outdoor yang pasti menyeronokkan. 

TAUFIQILLAH STINGLESS BEE FARM
Pernah tahu bagaimana madu lebah kelulut dihasilkan? Di sini anda bakal merasai keunikan madu lebah kelulut dan mengetahui bagaimana manisan alam ini diproses dan menjadi manisan yang bernilai tinggi.

Taufiqillah Stingless Bee Farm adalah sebuah ladang perternakan madu lebah kelulut yang terletak di Kampung Lembah Arang, Wang Tepus, Jitra Kedah. Satu satunya ladang lebah kelulut yg diusahakan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah.

MEWAH SEGAR AGRO FARM
Kebiasaanya kita mendengar keenakan dan kahsiat susu kambing, tetapi pernahkah anda mendengar kelazatan dan kahsiat “Susu Kerbau”? Di Mewah Segar Agro Farm, anda boleh menikmati kelazatan Susu Kerbau segar terus dari ladang.

Rusa dan Kambing juga menjadi tarikan di Mewah Segar Agrofarm. Pengunjung boleh melihat dan memberi makan kepada haiwan-haiwan ternakan Rusa dan Kambing di sini sambil bersantai memakan buah-buahan segar yang ada.

KILANG SOS CILI QASIH IBU
Siapa sangka dalam kawasan kampung terdapatnya kilang sos cili. Sos cili ini banyaknya dibekalkan di kedai-kedai runcit di kawasan kampung dan menerima tempahan sos cili untuk dijadikan door gift dalam majlis keramaian

ZATI ECO RETREAT
Kepada siapa yang nak mandi kolam dan berehat secara santai dalam rumah tradisi melayu, inilah tempatnya. Kawasan cantik dihiasi pemandangan bukit dan sungai yang menakjubkan.

RESTORAN BUNGA NAGA
Apabila pengunjung luar mahu menikmati masakan asli orang melayu, ini adalah tempatnya. Restoran atas bukit ini sudah menerima pengunjung luar dari Thailand dan Singapura


Selain dari tempat-tempat ini, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rare seperti menorah getah dan menanam padi untuk mengambil “Feel” orang kampung

Orang kampung di Wang Tepus ramah dan mesra. Dan sangat menghargai bila orang luar datang bertandang ke kampung ini

baca ini "PAKEJ ECO TOUR" Untuk mendapatkan pakej-pakej menarik dalam program Wang Tepus Eco Tourism, atau boleh terus whatapp kami https://wa.me/601110891495?text=wangtepusecotour

Kami suka!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comments:

Post a Comment

Contact Us

Adress/Street

No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, Malaysia

Phone number

+(60) 019-4501495

awanazrarecreation@gmail.com

Website

www.awanazrarecreation.com