Awanaz

Camp Site

Recreation

Events

Homestay

Monday, December 16, 2019

PAKEJ ROMBONGAN MURAH DI TEMPAT CANTIK DAN MENARIK DI KEDAH


Wang Tepus Eco Tourism, adalah sebuah projek komuniti pengusaha-pengusaha di mukim Wang Tepus, Jitra Kedah. ia merupakan projek bagi membangunkan sosio ekonomi setempat dengan menjadikan ia sebuah kawasan perlacongan yang memiliki keunikan tersendiri


Ia merupakan destinasi yang menarik dan cantik namun masih ramai yang tidak tahu. jadi ini peluang anda untuk rasainya dulu.

Kami menawarkan pakej rombongan menarik dan berbaloi untuk anda yang suka berjalan-jalan, melancong dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Apa yang menarik dalam pakej ini?

Kami akan bawa anda ronda-ronda di sungai tertua di Kedah dengan menaiki boat rakit dan jelajah sungai. Pemandangannya cantik terutamanya ketika "sunset". 

Kemudian kami akan bawa anda ziarahi kawasan penternakan lebah kelulut untuk menikmati madu asli terus dari ladang.

Setelah itu kami akan bawa anda mengunjungi kawasan penternakan rusa, kerbau dan kambing. apa yang menarik di sini adalah "Susu Kerbau" segar dari ladang.

Habis mengziarahi kawasan penternakan, kami akan bawa anda ke Kilang penghasilan sos cili tempatan di sini. Di sini juga anda boleh menikmati keropok ranggup dicicah dengan sos cili istimewa dari pengusaha.

Habis program ziarah, kami akan bawa anda ke tempat bersantai dan riadah. Di situ kami akan sediakan makan tradisi orang melayu yang sedap untuk dijamah bersama-sama orang tersayang.

Bilakah musim yang terbaik untuk datang?

Tentulah musim buah-buahan, di sini kami akan bawa pengunjung ke dusun-dusun buah terutamanya buah durian untuk menikmati buah segar terbaik dari ladang.

Buah durian, buah manggis, buah cempedak, buah nangka, buah tin, buah langsat dan banyak lagi!

Ohh ya, jika anda ingin rendamkan badan dan bawa anak-anak mandi dan berenang, kami tahu tempat yang sesuai untuk anda di sini. itu kami cerita di lain waktu.

Tentu seronok kan? Haa, apa macam?

Datang sendiri dan rasai sendiri.

Berminat untuk lebih tahu?

Team kami akan bantu anda

Boleh baca dan tonton video di sini untuk maklumat lanjut "WANG TEPUS ECO TOURISM"
Apa apa roger kami

011-10891495 Muhammad

016-6166338 Hamdan

atau terus ke link ini

Apa apa roger kami

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comments:

Post a Comment

Contact Us

Adress/Street

No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, Malaysia

Phone number

+(60) 019-4501495

awanazrarecreation@gmail.com

Website

www.awanazrarecreation.com