TARIKAN BARU VISIT MALAYSIA 2020 DI KEDAH
Bila ditanya “Apakah tempat menarik di Kedah?” pastinya Pulau
Langkawi dan Kota Alor Setar adalah perkara pertama yang muncul dalam minda.
Namun sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ramai belum
terokai di Kedah termasuklah “Wang Tepus”.
Ya, boleh saya katakan Wang Tepus adalah “hidden gem” di Kedah.
Potensinya sangat besar untuk dibangunkan untuk menjadi sebeuah kawasan Eco
Pelancongan. Ia merupakan kawasan yang dihiasai dengan bukit bukau yang
menghijau dan sungai yang menyegarkan.
Wang tepus merupakan kawasan perkampungan yang terletak tidak jauh
dari Bandar Jitra dan dekat dengan kawan rekreasi Bukit Wang.
Hari ini komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus bekerjasama
dengan mewujudkan sebuah projek komuniti “WANG TEPUS ECO-TOURISM”. Ia merupakan
sebuah projek bagi membangunkan sosio ekonomi setempat dengan matlamat menarik
pelancong luar dan dalam Negara menikmati percutian dengan suasana kampung.
Wang Tepus Eco-tourism adalah tempat perlancongan dan rekreasi yang
menakjubkan di Kedah. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik disediakan bagi
pengunjung yang datang secara rombongan mahupun secara individu atau keluarga.
“Wang Tepus
Agrotourism merupakan projek komuniti untuk memperkenalkan keunikan kampung di
mata dunia”
APA YANG MENARIK DI WANG TEPUS ECO-TOURISM?
WANG
TEPUS RIVER CRUISE
Anda pernah tahu
sungai tertua di Kedah ? Pernah menaiki bot menyusuri sungai bersejarah ini ? Wang
Tepus River Cruise akan merealisasikan impian anda. Pengunjung boleh berkelah,
ber-BBQ dan bersantai di atas boat bersama orang tersayang.
AWANAZ
AGRO & RARECREATION
Pernah terfikir untuk
bermalam di dusun durian? Rasai, nikmati dan hayati pengalaman Rare! di Awanaz
Agro and Rarecreation. Awanaz adalah tempat rekreasi yang menakjubkan untuk
semua orang.
Awanaz merupakan kawasan
dusun buah durian dan buah-buah tempatan lain, dikelilingi bukit dan dihiasi
dengan anak sungai.
TERATAK MALINJA
Teratak Malinja menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat
perkhidmatan bagi sebarang aktiviti kerohanian, pembangunan staf , rekreasi, majlis
resepsi, dan hari keluarga.
Teratak Malinja juga menyediakan pakej “Percutian Desa Selesa” bagi
pengunjung yang berminat bercuti di luar bandar dengan menawarkan perkhidmatan
asrama, dewan, dorm, chalet, camp site, makanan & minuman disamping pakej
aktiviti indoor dan outdoor yang pasti menyeronokkan.
TAUFIQILLAH STINGLESS
BEE FARM
Pernah tahu bagaimana madu lebah kelulut dihasilkan? Di sini anda
bakal merasai keunikan madu lebah kelulut dan mengetahui bagaimana manisan alam
ini diproses dan menjadi manisan yang bernilai tinggi.
Taufiqillah Stingless Bee Farm adalah sebuah ladang perternakan madu
lebah kelulut yang terletak di Kampung Lembah Arang, Wang Tepus, Jitra Kedah. Satu
satunya ladang lebah kelulut yg diusahakan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz
Taufiqillah.
MEWAH SEGAR AGRO
FARM
Kebiasaanya kita mendengar keenakan dan kahsiat susu kambing,
tetapi pernahkah anda mendengar kelazatan dan kahsiat “Susu Kerbau”? Di Mewah
Segar Agro Farm, anda boleh menikmati kelazatan Susu Kerbau segar terus dari
ladang.
Rusa dan Kambing juga menjadi tarikan di Mewah Segar Agrofarm.
Pengunjung boleh melihat dan memberi makan kepada haiwan-haiwan ternakan Rusa
dan Kambing di sini sambil bersantai memakan buah-buahan segar yang ada.
KILANG SOS CILI
QASIH IBU
Siapa sangka dalam kawasan kampung terdapatnya kilang sos cili. Sos
cili ini banyaknya dibekalkan di kedai-kedai runcit di kawasan kampung dan
menerima tempahan sos cili untuk dijadikan door gift dalam majlis keramaian
ZATI ECO RETREAT
Kepada siapa yang nak mandi kolam dan berehat secara santai dalam
rumah tradisi melayu, inilah tempatnya. Kawasan cantik dihiasi pemandangan
bukit dan sungai yang menakjubkan.
RESTORAN BUNGA
NAGA
Apabila pengunjung luar mahu menikmati masakan asli orang melayu,
ini adalah tempatnya. Restoran atas bukit ini sudah menerima pengunjung luar
dari Thailand dan Singapura
Selain dari tempat-tempat ini, pengunjung juga boleh mengambil
kesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rare seperti menorah getah dan
menanam padi untuk mengambil “Feel” orang kampung
Orang kampung di Wang Tepus ramah dan mesra. Dan sangat menghargai
bila orang luar datang bertandang ke kampung ini
baca ini "PAKEJ ECO TOUR" Untuk mendapatkan pakej-pakej menarik dalam program Wang Tepus Eco Tourism, atau boleh terus whatapp kami https://wa.me/601110891495?text=wangtepusecotour
baca ini "PAKEJ ECO TOUR" Untuk mendapatkan pakej-pakej menarik dalam program Wang Tepus Eco Tourism, atau boleh terus whatapp kami https://wa.me/601110891495?text=wangtepusecotour
Kami suka!
0 comments:
Post a Comment