Awanaz

Camp Site

Recreation

Events

Homestay

Saturday, March 28, 2020

PROGRAM MENTOR MANTEE WANG TEPUS BERSAMA POLITEKNIK ARAU

7 March 2020

Wow, Ini sangat menarik!

Sepanjang sebulan pelajar-pelajar Politeknik Sirajudin, Arau Perlis dengan kerjasama Wang Tepus Agro Farm menjalankan program mentor mantee. Program ini melibatkan pelajar-pelajar Politeknik Sirajudin seramai 42 orang bersama 6 pengusaha agro farm di Wang Tepus.

Program mentor mantee ini berjalan sebanyak 3 sesi dalam masa sebulan. Ia melibatkan pengsusaha Tuan Izham (Penternakan Kerbau, Rusa, Kambing), Tuan Auzaid (Ladang Lebah Kelulut), Puan Khodijah (Pengusaha Sos Cili), Tuan Mat (Pengusaha padi), Puan Yam (Pengusaha Kedai Makan Tradisional), Tuan Eruan (Pengusaha Boat Rakit) dan Dato Mukhti (Pengusaha Rumah Inap Tradisi Melayu) bersama 42 orang pelajar politeknik yang mengambil jurusan diploma pelancongan.

Alhamdulillah, para pelajar dan para pengusaha memberikan komitmen yang cukup baik menjadikan program ini program yang bukan kaleng-kaleng.


Di hujung bulan, Pelajar-pelajar politeknik seramai 82 orang menjalankan ‘tour’ di Wang Tepus yang melibatkan lawatan ladang penternakan kerbau, rusa dan kambing beserta ladang madu lebah kelulut. Di akhir tour, pelajar melakukan tour sungai dengan menaiki bot rakit. Program ini turut melibatkan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan melibatkan unsur-unsur alami.

Di akhir program, diadakan majlis penutup di Eco Zaty Retreat yang dihadiri pelajar-pelajar Politeknik, para pensyarah, ketua fakulti, dan pengusaha-pengusaha Agro Farm.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar

Terima kasih kepada Pelajar-pelajar Politeknik Khususnya Tuan Iman, Tuan Farhan dan Team atas usaha baik ini.

Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi

Kami Suka!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comments:

Post a Comment

Contact Us

Adress/Street

No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, Malaysia

Phone number

+(60) 019-4501495

awanazrarecreation@gmail.com

Website

www.awanazrarecreation.com