Awanaz

Camp Site

Recreation

Events

Homestay

Friday, March 27, 2020

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN(UMK) KE WANG TEPUS


16 Disember 2019

Kampung Wang Tepus dikungungi Mahasiswa dan Mahasiswi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari jurusan Diploma Perladangan seramai 40 orang bersama seorang pensyarah.

Dengan ruang yang ada kami bawa pelajar-pelajar pengajian tinggi untuk ronda berberapa kawasan menarik di sekitar Kampung Wang Tepus. Dengan keterbatasan masa kami bawa rombongan ini ke “Mewah Segar Agrofarm” dan “Taufiqillah Stingless Bee Farm”.

Lawatan pertama di Mewah Segar Agrofarm. Tempat penternakan kerbau, rusa dan kambing. Kerbau-kerbau di sini besar belaka dan rusa di sini jinak dan banyak. Di sini pelajar-pelajar jurusan perladangan ini diberi taklimat mengenai pengenalan perniagaan agrofarm ini dan kemudiannya terus kepada sesi Q&A secara santai.



Hampir sejam di Mewah Segar Agrofarm, kami berangkat pula ke Taufiqillah Stingless Bee Farm yang terletak tidak jauh dari sini.

Uniknya di Taufiqillah Stingless Bee Farm, pelajar-pelajar ini disambut dengan alunan qasidah daripada pelajar-pelajar Mahaad Tahfiz Taufiqillah. Taklimat diberikan dan pelajar-pelajar terus dibawa ke kawasan projek ladang madu lebah kelulut yang menempatkan sebanyak 200 sarang lebah.

Habis tour di ladang ahli rombongan terus dibawa ke Gallery Madu lebah untuk merasai kemanisan alam ini, iaitu “Madu Lebah Kelulut” yang terdapat banyak khasiat baik untuk tubuh badan.

Ini tips dari saya “Madu lebah kelulut bila dibancuh dengan air dan lemon, memang power”. Nak lebih segar, letakkan ais sedikit, barulah sejuk tekak.

Alhamdulillah, tour agro farm di Wang Tepus berjalan dengan baik. Moga Mahasiswa dan mahasiswi UMK dapat perolehi banyak ilmu dari perkongsian tour ringkas ini. Moga berjumpa lain di masa hadapan.

Insyaallah

Kami Suka!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comments:

Post a Comment

Contact Us

Adress/Street

No 1331 Awanaz, Kampung Cerok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, Malaysia

Phone number

+(60) 019-4501495

awanazrarecreation@gmail.com

Website

www.awanazrarecreation.com